Banyak khasiat,
kebaikan dan manfaat mengamalkan memakan biji selasih atau basil seed. Biji selasih atau dipanggi
‘telur katak’ biasa dicampurkan dalam air minuman. Rasa biji selasih amat sedap
apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman.
Rasa biji selasih unik dan
menjadi kegemaran ramai. Biji selasih dimasukkan ke dalam air akan kelihatan
seperti telur katak apabila mengembang.
Biji selasih lengkap
dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber.
Biji selasih boleh
dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik
untuk mengambilnya ialah sebelum tidur.
Biji selasih berkesan sebagai
antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan
melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.
Pada waktu malam
semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan toksin dari darah
dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembung akan hilang dan anda
akan rasa segar semula.
Antara kebaikan khasiat biji selasih:
Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya
dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang. Ini bagus
untuk mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih di dalam
minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.
Penghadaman dan Mengatasi
Gangguan Pencernaan
Biji selasih sangat
baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit dan masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji
selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda.
Jangkitan Kulit
Bagi para ibu yang
berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau
psoriasis. Anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih.
Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa,
kemudian sapukan di tempat yang bermasalah.
Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat
cuaca terik di luar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil
sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan
menyejukkan badan anda.
Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber
protein, vitamin K dan zat besi di dalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia
membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.
Herba Penenang
Biji
selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat. Biji selasih dapat mengatasi kegugupan, rasa
bimbang berlebihan dan mudah marah. Biji selasih
dapat mengurangkan kegelisahan ataupun susah tidur.
Bagi
anda yang mengalami kegelisahan teruk, cubalah amalkan pengambilan biji selasih. Caranya
campurkan 5 gram biji selasih dengan air 200 cc. Lalu minumlah selagi
hangat, boleh ditambah dengan campuran madu.
Mengurangkan Cairan Pada Vagina
Bagi wanita, zat
cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk
mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Ubat Sakit Gigi
Ambilah
10 gr biji selasih, rebuslah bersama 4 butir cengkeh dengan air mendidih
secukupnya. Lalu minumlah air tersebut semasa hangat-hangat kuku selama
masa sakit hingga sembuh betul.
Ramuan Kecantikan
Tumbukl biji selasih
hingga halus, campur dengan air panas secukupnya. Adun rata hingga
terbentuk pasta, dinginkan.
Gunakan sebagai lulur pada wajah dan leher
anda, Lakukan 1 hari sekali iaitu menjelang mandi petang.
Dapatkan selasih secara dalam talian.
No comments:
Post a Comment