Bangsa
Arab mengenali buah kurma pada peringkat berlainan dengan nama yang berbeza.
Permulaan
pembentukan buah dipanggil dengan ‘hababauk’, diikuti dengan ‘chimri’ atau ‘kimri’
dan seterusnya ‘khalal’.
Apabila
umur buah memasuki 120 hari, ia dikenali ‘rutab’ atau ‘ruthob’. Pada usia itu
ia mula masak dan dapat dikenali ada bahagian buah bertukar menjadi lembut
dengan cairan gula atau manisan yang mula kelihatan.
Warna buah bertukar
menjadi coklat yang ringan. Semakin hari, semakin banyak bahagian menjadi
lembut dengan cairan manisan!
Ia
sangat enak dimakan kerana rasanya paling manis, tetapi memerlukan cara petikan
yang berhati-hati serta penyimpanan yang baik.
Peringkat rutab akan berlangsung
selama sebulan sebelum bertukar menjadi ‘tamar’ atau buah kurma yang telah
masak sepenuhnya dengan kandungan airnya mengering.
Biarpun
dari jenis buah yang sama, namun peringkat kematangan yang berbeza memberikan
kelainan antara rubab dengan tamar.
Perbezaan itu dari segi:
-
Tempoh ketahanan
-
Kandungan kalori
-
Kandungan nutrisi
-
Kandungan macronutrisi
-
Kandungan micronutrisi
-
Kandungan serat.
Kandungan
kalori rutab lebih rendah dari tamar.
Rutab
teksturenya lebih lembut, kemanisannya lebih tinggi, menjadikan memakannya
sangat mudah dan enak.
Pada
masa yang sama, kandungannya hampir lengkap untuk pemakanan mudah tanpa perlu
dimasak.

No comments:
Post a Comment