Wednesday 8 September 2021

MINYAK SACHA INCHI KURANGKAN SERANGAN JANTUNG

 
Tumbuhan adalah sumber pemakanan terbaik membekalkan sumber tenaga dan menghasilkan kesihatan yang baik. Salah satu pokok yang mempunyai nilai tinggi untuk kesihatan ialah pokok sacha inchi.
 
Pokok sacha inchi digelar sebagai ‘raja omega’ kerana kandungan omega lebih tinggi berbanding dengan sumber omega lain. Minyak sacha inchi (sacha inchi oil) diperoleh dari biji buahnya. Biji sacha inchi juga dikenali kacang sacha inchi. 
 
Sacha inchi mengandungi kandungan protien tinggi sebanyak 27 peratus dan minyak sebanyak 35 hingga 60 peratus. Kandungan minyak di dalamnya kaya dengan asid lemak penting seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin A dan vitamin E. 
 
Gabungan ketiga-tiga lemak asid itu dapat mengurangkan paras kolestrol jahad dn juga meningkatkan kolestrol baik. Sacha inchi dikenali sebagai makanan terbaik omega di mana dapat meningkatkan fungsi jantung dan otak. 
 
Kebaikan mengamalkan minyak sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko strok
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.


No comments:

Post a Comment