Monday, 25 July 2022

PANCING GELAMA BATANG SUNGAI KELANTAN

  
Ikan gelama mendiami atau hidup di kawasan laut. Namun ada juga ikan gelama berada di kawasan sungai yang air payau atau separuh masin. 

Salah satu kawasan terdapat banyak ikan gelama sunga atau dikenali juga gelama batang ialah di muara Sungai Kelantan berhampiran Kampung Sungai Buloh, Kampung Pulau Pisang, Kampung Keseng dan Kampung Kuala Besar. 
 
Peminat ikan gelama sungai akan menggunakan bot kecil atau perahu berada di tengah-tengah sungai untuk memancing di kawasan yang diyakini terdapat gelama sungai. 
 
Pemancing berpengalaman tahu tempat paling sesuai untuk memancing. Begitu juga dengan masa atau ketika paling sesuai untuk mencampak umpan. 
 
Gelama sungai haraganya lebih mahal berbanding gelama laut. Harganya mencecah puluhan ringgit untuk satu kilogram. Ikan gelama sungai menjadi pilihan pembuat ikan bekok. Harga ikan bekok dari jenis gelama sungai mencecah RM60 hingga RM80 sekilogram.
 

 

 

 

No comments:

Post a Comment