Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di
Kem Sungai Tumbi, Batu Melintang, Jeli adalah kemudahan rumah keluarga yang
disedikan untuk anggota tentera berkahwin Batalion Kedua Rejimen Sempadan (Batalion
2 RS).
Untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga, bilangan RKAT ditambah.
Ini termasuklah projek RKAT baharu yang bernilai RM58.3 juta dibina di Kem
Tumbi.
Untuk memastikan keselesaan, panglima formasi
di pelbagai peringkat dan pihak yang terlibat dalam penyelegaraan RKAT sering
membuat tinjauan dan pemantauan keadaan semasa agar boleh ditambah baik kemudahan
sedia ada.
Batalion 2 RS ditubuhkan pada 9 Febuari
2008 setelah dijenamakan semula dari Batalion 302 Infantri Askar Wataniah yang
telah bertapak di Batu Melintan sejak seawal tahun 1970-an bertanggungjawab menjaga keselamatan
pekerja membina Lebuh Raya Timur Barat yang ketika itu berdepan dengan ancaman
pengganas komunis.
No comments:
Post a Comment