Saturday 26 October 2019

FUNGSI KOLAGEN MELAMBATKAN PROSES PENUAAN KULIT

Salah satu kandungan dalam pemakanan tambahan ialah unsur kolagen. Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia.

Antara sumber kolagen semulajadi ialah ikan tuna, telur dan sayur hijau.

Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam.

Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.

Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

No comments:

Post a Comment