Sunday 20 October 2019

PEMILIK BANK MELAYU PERTAMA MATI DIBUNUH

Maarof Zakaria adalah pejuang ekonomi Melayu. Beliau tidak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti, maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan.

Maarof Zakaria sedar kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Pemikiran jauh dan tindakan Maarof yang juga seorang peguam itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum Cina tetapi tidak kepada kaum Melayu.

Kaum Melayu dikenakan kadar bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi kongsi gelap.

Dia diugut dan disuruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap, tetapi beliau tidak tunduk. Akibatnya beliau diugut dan kongsi kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.

Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

Maarof adalah bapa kepada pelakon kacak dan terkenal era 50 an dahulu iaitu Mustapha Maarof.

No comments:

Post a Comment