Friday, 25 May 2018

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH


Zakat fitrah ialah zakat diri difardukan ke atas setiap muslim berkemampuan dengan syarat ditetapkan. Syarat wajib zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu keluar atau tunai zakat fitrah adalah bermula masuk bulan Ramadan hingga sebelum menunaikan sunat Aidilfitri. Zakat ditunaikan selepas sunat Aidilfitri dianggap sedekah.

Jenis digunakan untuk tunai zakat fitrah adalah makanan rugi atau asasi setempat seperti beras, gandum dan kurma. Namun, amalan rakyat Malaysia menunaikan zakat fitrah menggunakan wang. Menurut ulama Hanafi, zakat fitrah boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan..

Kadar harga zakat fitrah seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 57 bertarikh 10 Jun 2003 bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.