Pokok belinjau atau dipanggil juga ninjau adalah tumbuhan yang boleh
didapati di Asia Tenggara dan banyak ditanam atau tumbuh secara meliar. Pokok
ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih.
Pokok belinjau sejenis pokok yang tidak
bermusim dan kadang-kadang pada masa dan pokok yang sama terdapat bunga, buah
muda dan buah yang masak.
Lapisan kedua kulit agak keras dan berwarna
kuning pada peringkat muda dan bertukar menjadi coklat gelap setelah masak.
Lapisan ketiga kulit buah belinjau berwarna putih, nipis dan dalam bahagian ini
terdapat biji belinjau yang boleh dimakan.
Buah belinjau diproses untuk dijadikan
keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam
masakan.
Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau
masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak
bersama daging cincang atau dibuat kari.
Buah yang sudah masak direbus. Selain
direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut. Ia kemudian dibuang kulit dan
ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek.
No comments:
Post a Comment