Sunday, 8 December 2019

ENAM BERADIK BERADA DI PUCAK BUKIT PANAU

Rancangan asal dan harapan kami adik beradik ingin berada di puncak Bukit Panau seramai 11 orang. Namun jumlah yang berjaya dicapai hanya enam orang sahaja.

Lima orang lagi tidak mampu sampai ke puncak ke? Tentu ramai yang menyangka begitu.

Sebenarnya, rancangan berada di punca Bukit Panau untuk kami 11 adik beradik lelaki dibuat secara tanpa perancangan. Makluman hanya dibuat kira-kira tiga jam sebelum pendakian.

Malah rancangan itu dibuat tanpa perbincangan bersama. Hanya seorang yang mencadangkan dan yang lain memberi respon.

Seorang terpaksa bergegas pulang ke Selangor kerana esoknya berkerja. Asalnya dia yang paling bersemangat untuk mendaki Bukit Panau kerana dicabar agar menjadikan Bukit Panau salah satu puncak yang ditawan olehnya.

Dia memang paling ketagih hiking. Boleh dikatakan hampir setiap minggu mendaki gunung dan bukit seluruh Malaysia asal ada kelapangan. Kalau setakat Bukit Panau rasanya dia hiking sambil berlari.  

Manakala lima lagi ada komintmen masing-masing setelah tamat mengadakan hari keluarga. Lima orang lagi yang tidak turut serta di puncak Bukit Panau itu juga sebenarnya minat hiking. Masing-masing ada pengalaman hiking gunung dan bukit bukan setakat di Kelantan, bahkan di luar Kelantan.

Kami 11 adik beradik lelaki melakukan hiking bukan sebagai hobi, tetapi akan melakukan jika ada peluang. Menariknya, aktiviti hiking yang dilakukan turut dilakukan bersama isteri masing-masing, juga anak-anak.

Ada cadangan agar kami 11 adik beradik mendaki Gunung Kinabalu. Lima daripada 11 pernah mendaki Gunung Kinabalu.

Sebenarnya kami ada 16 adik beradik. Lima orang lagi adalah perempuan. Yang perempuan bukan tidak minat hiking, tetapi peluang terbatas terpaksa mengurus anak masing-masing.

Jadi, hiking kami biasanya adakan turut serta adalah adik ipar lelaki. Semasa di Bukit Panau, dua orang adik ipar lelaki turut serta. Turut serta isteri dan anak-anak saudara.

No comments:

Post a Comment