Dalam satu artikel, penulisnya ada menyebut adalah
kebetulan kedua-dua makam diraja itu menggunakan nama 'langgar'?
Sebenarnya penggunaan nama 'langgar' untuk kedua-dua
makam diraja itu bukan kebetulan.
Sepatutnya semua makam diraja dinamakan dengan
'langgar'. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi langgar ialah kawasan pemakaman
diraja.
Sebaliknya sekarang ini 'langgar' telah dijadikan
nama kampung. Maka, ramai beranggapan bahawa dinamakan Makam Diraja Langgar kerana
kawasan makam diraja itu terletak di Kampung Langgar.
Sedangkan sebenarnya, nama Kampung Langgar mendapat
nama kerana adanya makam diraja di tempat itu yang dipanggil 'langgar'.
No comments:
Post a Comment