Refleksologi
merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi, khususnya di tapak kaki kerana mempunyai
banyak titik refleksi.
Perubatan
ini berdasarkan kawasan zon dan reflek yang menyamai sebuah sistem badan
melalui urutan pada kaki dan tangan, dan urutan yang dilakukan pada bahagian
anggota badan berkenaan dapat memberi kesan kepada fizikal badan seseorang.
Maksud
titik refleksi adalah titik pusat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan
dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian
refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik refleksologi
yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan berkenaan.
Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang
dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga
tiada kesan sampingan.
Rawatan
melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan
biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan
sampingan. Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari
sakit.
Refleksologi
juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan
sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab atau punca kepada penyakit.
Urut
refleksologi merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan
penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana
titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Kaedah
rawatan memulih pengaliran darah yang tidak lancar
dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.
Bila
pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang
itu akan berada dalam keadaan sihat.
Organ-organ
badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita. Jika
kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan
kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah
kiri.
Gambar
di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan
yang tepat di kanan dan kiri kaki.
Semua
kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air
kencing. Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat
berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya
bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh tidak lancar maka penghantaran
zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan
bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari
semasa ke semasa.
Penyakit
terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila
keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya
akan terganggu.
Apabila
fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga bila
sebaliknya, bila darah balik (vena) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau
toksid tidak akan terbuang.
Bila
tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian
kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik (vena) yang
pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan
akhirnya akan terjadilah penyakit.
Penyakit
terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan
istilah "varicosevena".
Maka
terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau
sumbatan pada saluran darah pergi (arteri) sehinggalah darah dapat mengalir
dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.
Ia
juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik
(vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid sama ada karbon
dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan
baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan
sempurna.
Gunalah
kaedah urutan refleksologi ini dalam merawat atau memperbetulkan fungsi-fungsi
organ dalam badan. Dengan urutan refleksologi ini ia akan melancarkan peredaran
darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.
Urutlah refleksolohi dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh. Ini adalah kaedah terbaik.
Walau bagaimanapun, urutan refleksologi yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.
Tindakbalas
selepas urutan refleksologi
-
Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. .
-
Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika.
-
Rasa letih, lesu dan mengantuk.
-
Timbul gatal-gatal pada kulit
-
Berak cair atau berminyak
-
Kepala terasa sakit
-
Muntah-muntah
-
Banyak buang angin
-
Urat darah nampak timbul
-
Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
-
Rasa lebih ringan dan lebih cergas
Dapatkan tapak refleksologi
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/AKV4ZPSolE?

No comments:
Post a Comment