Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebuah institusi ditubuhkan di
bawah Akta Pemegang Amanah 1952 berorentasikan ekonomi dan kebajikan.
Sejak
ditubuhkan 13 Oktober 1976, YaPEIM memfokuskan kepada usaha melaksanakan kerja
kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri
dalam sektor perniagaan.
Dengan
kata lain, YaPEIM perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu
orang Islam lain. YaPEIM tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan
berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru keputusan pembayaran gaji, elaun,
bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.
Salah
satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar
Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui lebih 200 buah cawangan di
seluruh negara.
YaPEIM
merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu
sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu terbukti telah menjana
keuntungan yang memberansangkan.
Melalui
program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM berjaya
menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan
dalam pengurusan dan operasinya.
Malah
keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang
digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM.
Tujuan
YaPEIM mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan
ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat
kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang sumbangan yang
diperkenalkan bukannya kerana YaPEIM tiada wang.
Hakikatnya,
YaPEIM sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan
ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang
terancam dengan perkembangan ini.
Sungguhpun
perlantikan Lembaga Pengarah YaPEIM dibuat oleh kerajaan, namun mereka
beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat
keputusan berasaskan perniagaan.
YaPEIM
ialah yayasan berasaskan perniagaan dan kebajikan. Ia bukan pengurus dana
kerajaan untuk kebajikan. Pembayaran elaun dan program YaPEIM dibuat secara
bebas berasaskan keuntungan perniagaan mereka.
Sumbangan
orang ramai pada YaPEIM hanya digunakan untuk program bantuan kebajikan.
Manakala pengurusan dan pentadbiran diuruskan menggunakan hasil perniagaan
mereka.
No comments:
Post a Comment