Wednesday, 17 February 2021

TINDAKAN TEGAS JIKA GAGAL MEMBAWA DOKUMEN PENGENALAN DIRI

 
Mana-mana individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan polis merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang yang sedia ada. Kesalahan itu membolehkan seseorang individu boleh diambil tindakan tegas. 
 
Adalah tidak tepat kenyataan yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berhak untuk menahan atau menangkap mana-mana individu yang gagal membawa atau mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa. 
 
Kegagalan mana-mana individu mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa diperiksa oleh pihak polis adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990. 
 
Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990 menyatakan kegagalan mana-mana individu mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa diperiksa dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah peraturan yang sama. 
 
Hukuman yang boleh dikenakan dalam kesalahan itu adalah penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. 
 
Justeru, orang ramai diingatkan agar sentiasa membawa dokumen pengenalan diri sebagaimana peruntukan yang ditetapkan di bawah Peraturan 6 PPPN 1990.

No comments:

Post a Comment