Penderaan
seksual bapa ke atas anak perempuan adalah perbuatan tidak perikemanusiaan dan
zalim. Terdapat kes bapa rogol anak sendiri, ayah cabul anak gadis.
Ini
dikatakan peribahasa haruan makan anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap
kelemahan dan kejahilan anak sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan
tabie.
Bapa
sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah anak, tetapi berlaku
sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak mereka.
Bapa
sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah, abi atau gelaran lain
yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok ditambah dengan perkataan
syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis. Ayah bernafsu buas
melepaskan kepada anak sendiri.
Sebenarnya,
bapa yang bersikap demikian lebih hina daripada binatang. Haiwan tahu menjaga
maruah anak. Haiwan yang tidak ada akal pun tahu menjaga anaknya.
Bapa
sepatutnya mengajar anak perempuan agar menjaga maruah. Pertahankan kesucian
diri. Ini tidak, ayah pula yang menggatal dan ghairah terhadap anak perempuan
sendiri.
Mereka memusnahkan kehidupan anak sendiri. Masa depan anak gelap dan
tidak tentu haluan.
Kes
ayah cabul anak perempuan semakin bertambah. Mereka rogol anak sendiri kerana
desakan nafsu iblis yang menguasai diri.
Itu tidak termasuk kes bapa menggadai
anak untuk puaskan nafsu lelaki buas disebabkan gagal membayar hutang. Anak
dijadikan bahan dagangan.
Memang
wajar pesalah sumbang mahram dikenakan hukuman berat. Hukuman penjara hingga 20
tahun dan sebat tidak menakutkan mereka bernafsu iblis. Desakan dan keinginan
memuaskan nafsu gila lebih menguasai fikiran.
Sebenarnya,
bapa yang melakukan penderaan seksual terhadap anak sendiri yakin bahawa
perbuatan itu tidak akan dilaporkan kepada polis kerana mereka telah mengugut
mangsa. Anak tentu sekali tidak mahu ayah dipenjara.
Bapa
juga menipu anak kononnya itu perbuatan yang biasa dilakukan oleh bapa terhadap
anak perempuan mereka. Maka, perbuatan itu tidak dianggap satu kesalahan.
Kononnya itu tanda kasih sayang.
Lama
kelamaan anak sendiri ketagih melakukan hubungan seks dengan bapa sendiri. Kes
bapa main anak semakin banyak. Ada anak perempuan mengambil alih tugas ibu
melayan nafsu ayah.
Sebab
itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh
orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu tentang hubungan seks
yang dibenarkan dan diharamkan.
No comments:
Post a Comment