Hidup
ini dipenuhi ujian. Dengan ujian itu bakal menentukan siapa yang sebenarnya
lebih baik amaannya. Jadi, jangan kita mudah berputus harap kurniaan Allah SWT
apabila diuji.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan
hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya dan Iagi Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha
Pengampun" (Surah al-Mulk, ayat 2).
Dalam
menghadapi cabaran hidup, hendaklah kita meminta pertolongan Allah SWT. Yakinlah
bahawa Allah SWT akan memberi balasan sebaik-baiknya kepada orang yang
bersabar. Balasan kebaikan itu sama ada diterima di dunia, mahupun di akhirat.
"Wahai
sekalian orang-orang yg beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah
payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan) sembahyang, kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama
orang-orang yang sabar" (Surah al Baqarah, ayat 153)
No comments:
Post a Comment