Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN)
dan musuh UMNO BN yang lainnya tidak mampu menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
sebagai sasaran kerana batang tubuh Perdana Menteri ke-9 ini tidak pernah
mempunyai isu skandal peribadi, tidak terpalit dengan apa juga kes di mahkamah.
Malah Ismail Sabri telah terbukti berjaya
mengeluarkan negara dari pandemik Covid19 melalui pelan pemulihan negara acuan
Keluarga Malaysia yang diilhamkan sendiri oleh beliau.
Ratib ‘Zahid PM’ menjadi modal murahan kempen
PRU15 untuk mengaitkan kononnya negara akan diperintah oleh Zahid yang ada kes
mahkamah.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berulang
kali menegaskan bahawa jika BN menang PRU15, Ismail Sabri akan menjadi Perdana
Menteri.
Lawan BN sentiasa melemparkan fitnah dan
propaganda mengenai hubungan Zahid dan Ismail Sabri yang dikatakan tidak senada
dan Zahid sebagai Pengerusi BN akan menjadi PM jika BN menang.
Ahli UMNO akar umbi dan penyokong BN serta pengundi dinasihatkan tidak
terpengaruh dengan propaganda musuh BN
No comments:
Post a Comment