Sunday, 9 October 2022

KESAN BAHAYA TAHI MERPATI

  
Burung-burung liar yang membuat sarang dalam bangunan termasuk merpati boleh membawa penyakit berjangkit kepada manusia menerusi timbunan najis lama yang terbiar kering. 
 
Najis merpati yang kering akan ditumbuhi kulat serta menghasilkan debu yang akan berapung jika terdapat pergerakan udara. 
 
Debu itu kemudiannya akan masuk ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menjangkiti seseorang manusia. 
 
Kebiasaannya mereka yang mempunyai daya imuniti rendah serta mempunyai penyakit asma atau alergi lebih berisiko untuk dijangkiti. 
 
Kulat yang terhasil daripada najis merpati yang kering dikenali sebagai histoplasmosis dan cryptococcosis. 
 
Lazimnya ia menjangkiti sistem pernafasan (paru-paru) dan boleh merebak ke sistem-sistem lain. Histoplasmosis diketahui boleh mengakibatkan maut walaupun jarang sekali berlaku. 
 
Simptom bagi jangkitan ini biasanya adalah batuk, demam atau selesema. Jarang sekali sesak nafas kecuali jangkitan yang telah lama. 


 

No comments:

Post a Comment