Tuesday, 24 June 2025

PENYU DATANG MINTA TOLONG

 
Kisah binatang datang kepada manusia untuk minta tolong sering belaku. Seorang pelayar berkongsi pengalaman kisah seekor penyu datang menghampiri kapal dinaikinya.
 
Penyu itu kemudian membuka mulut seperti menunjuk sesuatu di dalam mulutnya. Setelah diperhati, di dalam mulutnya dipenuhi dengan teritip melekat di bahagian lelangit dan seluruh kawasan lain.
 
Dengan keadaan itu, penyu akan sukar untuk mencari makanan dan memamahnya. Itu bermakna penyu itu makan dalam jumlah yang kurang daripada apa yang diperlukan.
 
Kawan kepada pelayar itu kemudian memegang penyu dan pelayar itu berusaha membuang satu persatu teritip itu. Penyu itu seperti memahami sedang ditolong dan tidak menunjukkan keadaan "membantah" biarpun setiap tarikan membuang teritip itu mendatangkan rasa sakit.
 
Selepas semua teritip dibuang, penyu itu dilepaskan kembali ke laut. Sebelum berenang jauh, penyu itu mengangkat kepada dan menarik nafas seperti mengucapkan terima kasih.

No comments:

Post a Comment