Ikan begohok. Ikan ini turut dikenali dengan nama ikan
begahak, bogok dan gegohok sejenis ikan air tawar yang boleh ditemui di
sungai-sungai dan tasik di Malaysia, terutamanya di kawasan berair tenang dan
berlumpur.
Ikan begohok (nama saintifiknya Belodontichthys dinema) digelar
sebagai 'vampire' kerana giginya yang tajam, panjang dan banyak. Dengan bentuk
mulutnya yang seakan senyum, mata yang besar dan giginya yang menggerunkan, memang
sesuai dengan gelaran tersebut.
Ikan begohok popular di kalangan pemancing kerana ciri unik
dan keenakan rasanya. Isinya lembut dan manis, sesuai untuk dibuat gulai lemak,
gulai tempoyak, atau digoreng kering.
Ikan begohok mempunyai badan yang agak bulat dan memanjang
dengan kulit berlendir. Warna badannya biasanya kehijauan atau keperangan di
bahagian atas, manakala bahagian bawahnya lebih cerah. Ada sirip berduri yang boleh menyebabkan rasa sakit bila
tercucuk.
Ikan begohok bersifat omnivor memakan serangga kecil,
cacing, anak ikan, dan bahan organik di dasar sungai. Lebih aktif pada waktu malam, kerana ia jenis ikan yang suka mencari makanan ketika suasana gelap.
Ikan ini adalah satu di antara spesies yang berada di dalam
keluarga ikan tapah (Wallagonia leerii) iaitu keluarga Siluridae, kerana itu
badannya menyerupai ikan tapah namun ada sedikit ciri-ciri khas yang berbeza.
Kredit pemilik gambar


No comments:
Post a Comment