Tuesday, 15 September 2026

THAILAND PENGELUAR BUAH KURMA

 
Thailand pengeluar buah kurma. Kurma biasanya tumbuh subur di negara panas dan kering di Timur Tengah. Namun, Thailand yang beriklim tropika kini merupakan salah satu pengeluar buah kurma yang semakin popular.

Thailand menjadi pelopor pertanian kurma tropika di Asia Tenggara melalui penyelidikan dan membangunkan teknik penanaman kurma yang sesuai dengan iklim tropika.  

Usaha ini bermula sejak tahun 1990-an menerusi penyelidikan di Chiang Mai. Mereka berjaya menghasilkan varieti hibrid sendiri seperti KL1 Maejo36 (hasil kacukan Barhee dan Deglet Nour) yang sangat sesuai dengan cuaca Asia Tenggara.

Pelopor awal penanaman kurma di Thailand dimulakan oleh Profesor Sam Lak Juan di Kolak Thai Date Farm sejak tahun 1997.

Pengeluaran kurma di Thailand lebih fokus pada kurma segar (Ruthob). Kurma kuning jenis Barhi sangat popular di sana kerana boleh dimakan terus dari tangkai dengan rasa yang manis, rangup, dan tidak kelat.  

Ladang-ladang kurma komersil berskala besar boleh ditemui di pelbagai wilayah termasuk Chiang Mai, Nonthaburi, Kanchanaburi, sehinggalah ke wilayah selatan Thailand. Banyak ladang ini turut dijadikan pusat agropelancongan.

Penanaman kurma aktif di kawasan selatan Thailand seperti Yala, Pattani, dan Narathiwat. Kawasan ini beriklim tropika lembap tetapi dengan teknik tertentu, kurma tetap dapat hidup subur.

Hasil kurma dari Thailand kini bukan sahaja untuk pasaran domestik, malah sudah mula dieksport secara meluas ke negara-negara jiran di Asia termasuk pasaran Malaysia.  

Varieti yang banyak ditanam ialah Barhee, Khalas, Ajwa, dan beberapa klon hibrid yang disesuaikan dengan iklim tropika. Universiti dan agensi pertanian di Thailand banyak menjalankan penyelidikan pemilihan varieti dan penjagaan pokok kurma tropika. Hasil penyelidikan disebarkan kepada petani.

Petani di sana menggunakan teknologi fertigasi, sistem pengairan terkawal, dan penjagaan rapi terutama di peringkat awal pertumbuhan.

Pokok kurma mula berbuah seawal umur 3-4 tahun, dengan hasil 30–100 kg/pokok bergantung pada varieti dan penjagaan.

Kurma dianggap sebagai tanaman komersial baharu yang menarik minat pelabur muda dan petani moden.

Kredit pemilik gambar

No comments:

Post a Comment