Thursday, 18 June 2020

UDANG GALAH AKTIF WAKTU MALAM

Udang galah atau nama saintifiknya “Macrobrachium Rosenbergii”, bersifat omnivor serta cenderung untuk aktif pada waktu malam. Ia hidup dalam air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.

Udang galah merupakan makanan laut yang bagus kerana kandungan lemak esensialnya akan menurunkan kolesterol dan mencegah penggumpalan kepingan darah (Ateroskeloris). 

Selain itu, udang galah juga memenuhi keperluan protein dengan asid amino berprofil lengkapnya yang mudah diserap tubuh. Ianya sangat sesuai dijadikan menu diet kerana kalori energinya yang rendah serta berkeupayaan memaksimakan pelbagai fungsi organ-organ vital tubuh.

Permintaan terhadap udang galah amat tinggi. Untuk memenuhi permintaan, sedangkan sumber di habitat asli semakin kurang, maka usaha menternak udang secara komersial dilakukan.

Malaysia adalah negara pertama yang menemui cara-cara untuk menternak udang galah pada era 1960-an. Ini menyebabkan banyak negara asing memberi nama timangan kepada udang galah sebagai "Udang Malaysia".

Namun kini penghasilan udang galah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Vietnam, Thailand, China, Indonesia dan Taiwan. Pengeluar udang galah terbesar di dunia adalah negara China diikuti oleh negara Bangladesh. Negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan dan Indonesia juga menghasilkan udang galah lebih banyak daripada Malaysia.

Sekarang ini, sungai terdapat banyak udang galah semakin berkurangan. Punca udang galah berkurangan bukan kerana banyak telah dipancing, tetapi disebabkan sungai telah tercemar.  

Sungai tercemar tidak sesuai dijadikan tempat pembiakan udang galah. Bukan udang galah saja yang pupus, malah hidupan air lain.

Inilah akibat tidak menjaga alam sekitar yang mana kita tanggung kerugian. Hidupan sungai seperti udang, ikan, siput, belut dan ketam yang menjadi sumber makanan manusia semakin kekurangan. 

Jagalah kebersihan sungai kita agar lebih banyak udang galah serta hidupan air lain dapat membiak dan menyediakan sumber makanan kepada manusia dan rantaian ekologi kehidupan.

No comments:

Post a Comment