Terdapat
dua spesies utama pokok kopi iaitu kopi arabica dan kopi robusta. Kopi arabica
merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Kopi arabica hanya sesuai
ditanam di kawasan tertentu. Sedangkan kopo robusta boleh ditanam di kebanyakan
kawasan.
Jadi,
mana-mana tempat yang tidak sesuai untuk ditanam dengan kopi arabica, maka ditanam
dengan kopi robusta.
Rasa kopi robusta lebih pahit serta berasid berbanding
dengan kopi arabica. Dari segi harga, kopi arabica lebih mahal berbanding kopi
robusta.
Sejarah
mengatakan kopi arabica mula dijumpai di benua Africa 1,000 tahun dahulu,
kemudian merebak ke seluruh benua Arab, Eropah, Indonesia dan Amerika.
Kopi
adalah minuman yang terbanyak diambil, dengan 70% dari penduduk dunia sangat
gemar minum kopi. Banyak ladang terbesar di dunia adalah ladang kopi.
Walaupun
kesemua kopi mengandungi caffeine, meminum kopi dalam kuantiti yang berpatutan
adalah baik untuk kesihatan serta kesegaran badan dan mental sepanjang
hari.
Penyelidik
dari Harvard School Of Public & University of Athens
mendapati kopi arabica membantu mengurangkan kaviti dan
antibakteria.
Kopi
arabica juga membantu mengurangkan risiko di dalam penyakit kardiovaskular, kanser
prostate, alzheimer, dementia, parkinson, penyakit hati, diabetes tahap 2 dan
gout.
Kandungan
antioksida dalam biji kopi dapat membantu menghalang radikal bebas dari lebih
merebak atau merosakkan sel-sel dalam tubuh badan.
Kopi
arabica mengandungi polyphenolic, protin, asid amino, carbohydrates serta
banyak vitamin, mineral dan micronutrient seperti flavonoids, magnesium,
potassium, niacin da vitamin E, potassium, kalsium, magnesium serta glycosides.
Kopi
arabica dapat membantu untuk mengurangkan selsema, allergi, asma, serta baik
untuk peredaran darah dan meningkatkan metabolisma badan.
No comments:
Post a Comment