Wednesday 22 July 2020

KHASIAT BUAH KELAPA TAMPUK MERAH

Kelapa tampuk merah (reddish coconut) merupakan sejenis kelapa unik yang amat jarang kita jumpa dan sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional.

Kelapa ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus dan didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit seperti sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin yang sering menganggu.

Kelapa merah sukar ditemui. Buah kelapa merah ini dapat dikenali kerana di bahagian atas buah tersebut terdapat warna merah. 
 
Kelapa ini berbeza dengan kelapa renek merah (Malayan Red Dwarf - MRD) yang mana lazimnya ia digunakan untuk pembiakan benih kelapa hibrid bagi menghasilkan anakbenih kelapa Matag atau MAWA atau kelapa hibrid yang lain.

Kelapa tampuk ini unik kerana bukan ciri warna kulit kemerahan seperti MRD tetapi hanya dibahagian tompok dan sabutnya yang berwarna jingga dengan jelas.

Kelapa ini jika dipetik muda untuk diambil airnya mempunyai kulit berwarna hijau dan apabila dipotong di bahagian tampuk atas akan terserlah warna merah atau jingga.

Kelapa tampuk merah dipercayai mampu menyembuhkan berbagai penyakit seperti penawar racun dan juga  melancarkan sistem saluran air kencing. pembuangan air kencing dan dijadikan makanan.

Pakar-pakar kelapa juga menyatakan bahawa pokok kelapa sebegini memang amat jarang dijumpai atau dikatakan sebagai 'seribu dalam satu' atau pun susah hendak jumpa.

Pokok ini juga amat digemari oleh serangga perosak seperti kumbang tanduk dan serangga lain menyebabkan ia juga amat sukar untuk tumbuh normal seperti kelapa lain.

Kalau ada pemilik kelapa ini yang tahu nilainya maka mereka akan beroleh keuntungan besar kerana sebiji kelapa merah muda ini mencecah lebih RM50.00 sebiji jika ada orang sanggu membelinya. Ada orang yang inginkan kelapa tersebut mampu membayar lebih jika ada kelapa merah yang tulin dipokoknya. 

Kajian makmal mendapati kandungan analisa nutrisi adalah sama dengan kelapa lain. Maklumat mendapati air kelapa merah ini mempunyai kandungan seperti glukosa, sakarosa, fruktosa, sukrosa mineral dan juga asid amino. 
 
Dalam beberapa kajian menunjukkan air kelapa ini mempunyai banyak manfaat dan khasiatnya tetapi tidak dinyatakan secara saintifik.

Di antara khasiatnya adalah dapat membantu mengubati masaalah keracunan dan berbagai macam penyakit lainnya seperti demam akibat Virus Flu. 
 
Walaupun agak susah untuk membezakan rasa air kelapa hijau dengan jenis air kelapa yang lain, namun lazimnya rasa air kelapa hijau sangat berbeza kepada mereka yang arif mengenai kelapa.

Jika biji kelapa merah ini dibelah kita akan dapat melihat bahawa isi atau daging kelapa berwarna merah muda. Airnya agak pahit sedikit dan tidak sesegar air kelapa jenis lain. 
 
Kelainan ini disebabkan oleh kandungan tannin (zat anti racun) dalam air kelapa merah yang dikatakan lebih tinggi. Tannin adalah suatu sunsur yang dipercayai mampu menawar racun dalam badan manusia.

6 comments: