Saturday 15 August 2020

AKTIVITI KAYAK DI KELANTAN

Kayak merupakan aktiviti air yang menarik minat banyak orang untuk menyertainya. Malangnya, tidak ramai berpeluang kerana ketiadaan kayak dan tiada pengalaman. Justeru, tidak banyak orang mempunyai pengalaman berkayak biarpun amat meminatinya.

Sebenarnya, persatuan kayak atau kenu ada di banyak tempat di seluruh negara kita. Persatuan kayak menyediakan kemudahan kayak, latihan dan aktiviti yang menarik untuk disertai.

Antara persatuan kayak yang aktif ialah Persatuan Kenu Kelantan. Persatuan Kenu Kelantan membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai persatuan mahupun mengikuti aktiviti yang diadakan.

Lokasi aktiviti Persatuan Kanu Kelantan ialah di Pulau Melaka, bersebelahan Jambatan Pulau Melaka. Pusat operasi persatuan betul-betul berada di tepi Sungai Pengkalan Datu yang memudahkan latihan dan aktiviti berkayak diadakan.

Banyak orang perseorangan, NGO, institusi pendidikan dan badan kerajaan yang menggunakan khidmat jurulatih dan kemudahan kenu Persatuan Kenu Kelantan.  

No comments:

Post a Comment