Sunday 31 October 2021

UNTUNG BESAR TANAM GAHARU

  
Pokok gaharu juga dikenali pokok karas atau mengkaras hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. 
 
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.

Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).

Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.

Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun dan akar) berguna dan dapat dikomesialkan.

Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun, selepas 12 bulan suntikan (inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya.

Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki. Anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta. 

Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru' yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar.

Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. 
 
Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar. 

Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.  
 
Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat antimalaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Pokok karas ini merupakan spesis pokok hutan yang tumbuh secara meliar di dalam hutan dan juga kebun-kebun getah orang kampung yang mana habitatnya adalah mudah dan tidak rumit untuk hidup di mana-mana kawasan selain dari kawasan tanah yang berair.
 

Teras gaharu terhasil adalah disebabkan pokok yang sakit, apabila pokok ini sakit maka pokok ini akan mengeluarkan satu cecair yang dikenali damar atau risen (boleh dikatakan juga sebagai antibodi) untuk merawat kembali kecederaannya, damar dan risen inilah yang akan menyebabkan berlakunya pembentukkan teras gaharu. 

No comments:

Post a Comment