Kacip
fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang
keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi
daunnya berwarna hijau muda.
Tangkai
daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna
perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut
tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari
parut lama.
Sejenis
tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan
terbuka atau separa teduh boleh merencatkan pertumbuhannya.
Kacip
fatimah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh
dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi
dan mempunyai teduh.
Pokok
herba kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang dikaitkan
dengan kesihatan wanita.
Kacip
fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita
yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk
meningkatkan fungsi seksual.
Khasiat
kacip Fatimah juga digunakan untuk melegakan gejala menopaus.
Bahan
tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa
disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut.
Kacip
fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu
semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan
juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin.
Ia
juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh,
mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus.
Secara
tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman.
Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan
gonnorhoea.
No comments:
Post a Comment