Buah
peria dikaitkan rasa pahit. Sebab itu, tidak ramai minat makan peria. Ironinya
setelah diketahui mempunyai kaya khasiat, peminat peria semakin ramai.
Tidak
hairan semakin ramai menanam peria. Malah, peria menjadi pilihan petani komersil
kerana permintaan tinggi dan harga yang stabil sepanjang tahun.
Sebenarnya
peria mudah tanam. Peria tumbuh subur di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang
cukup. Elakkan menanam peria di kawasan ada naungan seperti di bawah pokok.
Penyediaan
air cukup amat penting untuk peria membesar dengan subur. Peria adalah sejenis
tanaman yang menjalar dan memerlukan para atau kayu sokongan untuk tanaman
peria menghasilkan bunga dan buah.
Petani
kecil-kecilan atau hobi pula akan menggunakan kayu junjung dari kayu hutan atau
buluh yang disilangkan untuk pokok peria menjalar.
Pokok
peria perlukan cantasan dari peringkat awal penanaman dengan membuang dahan
sisi terutama sekali di bahagian bawah.
Daun-daun
tua yang ada di bahagian bawah juga perlu dibuang untuk menggelakan terlalu
rimbun yang mana akhirnya akan menyebabkan serangan kulat.
Peria
sesuai dimakan segar sebagai ulam dan juga dimasak sebagai sayuran.
Kandungan
bahan charantin dalam peria membolehkan ia dianggap sebagai sayuran
di mana ia mempunyai rasa pahit sebagai ubat.
No comments:
Post a Comment