Lelaki
mengalami masalah lemah tenaga batin berusaha memulihkan dan meningkatkan tenaga
seks dengan pengambilan pemakanan tambahan atau suplemen berunsur herba dalam
bentuk kapsul mahupun minuman kesihatan.
Produk
jantan kuat dan perkasa menjanjikan kepuasan tahap tertinggi ketika bersama
isteri paling banyak diiklankan di media sosial.
Menggunakan
tagline kuat, besar, panjang, dayung sampai sejam, pasti isteri tersenyum dan
sebagainya banyak mengisi laman sosial dengan gambar ghairah dan menggoda.
Rata-rata
si penjual menyatakan produk hebat mereka berasaskan herba selamat digunakan.
Jenama dipasarkan atas nama makanan tambahan atau minuman kesihatan yang mana
produk berkenaan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Ironinya,
kesan hebat yang didakwa itu bukan hasil bahan herba, sebaliknya telah ditambah
dengan ubat seperti Sildenafil. KKM telah mengesan banyak produk lelaki gagah
mengandungi atau dicemari dengan ubat sildenafil. Kebanyakkan produk ini adalah
diklasifikasikan sebagai makanan atau minuman.
Sildenafil
sejenis ubat tergolong dalam kumpulan farmakologi Phosphodiesterase 5 (PDE5)
yang merupakan ubat pertama diluluskan untuk merawat masalah gangguan ereksi
atau mati pucuk dalam kalangan lelaki dewasa.
Penemuan
sildenafil sebagai ubat mati pucuk berlaku secara tidak terancang. Sildenafil
pada asalnya dibangunkan oleh syarikat inovator untuk rawatan penyakit tekanan
darah tinggi dan sakit jantung.
Semasa
ujian klinikal, penyelidik mendapati bahawa ubat tersebut lebih berkesan untuk
mengatasi masalah gangguan ereksi daripada rawatan sakit jantung.
Pada
tahun 1998, Food and Drug Authority (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan
sildenafil sebagai ubat untuk rawatan mati pucuk.
Mungkin
ada mempersoalkan, kalau sildenafil telah diluluskan sebagai ubat merawat lemah
tenaga batin, mengapa pula dilarang digunakan dalam pemakanan tambahan atau
produk meningkatkan prestasi tenaga batin?
Sebenarnya
sildenafil hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli
farmasi berlesen dengan preskripsi (surat ubat daripada doktor).
Ubat
sildenafil ini hanya boleh didapati melalui pemeriksaan doktor adalah kerana
kesan sampingnya terhadap fungsi jantung yang boleh membahayakan kesihatan
malah boleh membawa maut kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan.
Dengan
kata lain, penggunaan sildenafil yang tidak merujuk kepada doktor boleh
mendatangkan bahaya. Maka, sebab itu ia dilarang digunakan tanpa pengawasan
pakar.
No comments:
Post a Comment