Khianat
ialah perbuatan yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada
orang lain. Khianat juga perbuatan belot atau tidak setia kepada kawan,
kumpulan, negara dan sebagai.
Khianat juga merujuk kepada perbuatan tidak
menunaikan janji, iaitu merosakkan janji yang telah diharapkan pihak lain akan
ditunaikan oleh orang berjanji. Tidak melaksanakan amanah juga sebahagian
maksud khianat.
Dengan
kata lain, maksud khianat amat luas. Jadi, jangan kita mudah menunding jari
atau menuduh orang lain khianat.
Orang
politik paling banyak melakukan khianat, biarpun mereka juga banyak melakukan
jasa untuk rakyat dan negara. Jadi, sesama ahli politik tidak perlu
memperkatakan tentang khianat pihak lain kepada mereka.
Hakikatnya,
dunia politik penuh sikap tidak setia, pecah amanah, tidak menunaikan janji,
saling menyalahkan pihak lain, berasa terlalu hebat, orang lain semua salah,
mendedahkan aib dan membuat fitnah.
Tidak menunaikan manifesto juga satu khianat. Orang memberi undi kepada parti dan calon dalam pilihan raya kerana percaya kepada manifesto. Apabila manifesto tidak ditunaikan dan dipermain-mainkan, maka itu satu pengkhianatan besar kepada pengundi.
Tidak menunaikan manifesto juga satu khianat. Orang memberi undi kepada parti dan calon dalam pilihan raya kerana percaya kepada manifesto. Apabila manifesto tidak ditunaikan dan dipermain-mainkan, maka itu satu pengkhianatan besar kepada pengundi.
Semua
itu adalah khianat dalam dunia politik. Orang politik tidak serik untuk melakukan
khianat. Bahkan, tanpa khianat dianggap bukan politik namanya.
Kepada
ahli politik (bukan semua) anda tidak layak bercakap
tentang ada pihak lain telah khianat atau mengkhianati anda atau parti.
Hakikatnya, anda sendiri telah lama melakukan khianat kepada rakan, parti dan negara.
Jadi,
selayaknya anda dikhianati oleh orang lain. Itu sudah aturan hidup yakni setiap
perbuatan akan dibalas di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Balasan
diterima di dunia dinamakan kifarat, atau di kalangan bukan Islam menyebutnya sebagai
hukum karma.
Allah
akan menutup aib seseorang selagi dia menutup aib orang lain. Namun, dalam politik,
membuka aib orang lain dianggap sebagai langkah bijak (bukan diamalkan semua ahli
politik).
Ahli
politik perlu sentiasa muhasabah diri. Jangan mudah menyalahkan pihak lain jika
ada perkara yang tidak disukai.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu. Allah jualah yang mengetahui segala-galanya, sedang kamu tidak
mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
No comments:
Post a Comment