Kelapa
tampuk merah (reddish coconut) merupakan sejenis kelapa unik yang sukar dijumpai, sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional.
Kelapa
ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var
rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus. Buah kelapa merah ini dapat dikenali di bahagian
atas buah tersebut terdapat warna merah.
Kelapa ini berbeza dengan kelapa renek
merah (Malayan Red Dwarf - MRD) yang mana lazimnya ia digunakan untuk
pembiakan benih kelapa hibrid bagi menghasilkan anak benih kelapa matag, MAWA atau kelapa hibrid yang lain.
Kelapa
tampuk ini unik kerana bukan ciri warna kulit kemerahan seperti MRD tetapi hanya
di bahagian tompok dan sabutnya yang berwarna jingga dengan jelas.
Kelapa
ini jika dipetik muda untuk diambil airnya mempunyai kulit berwarna hijau dan
apabila dipotong di bahagian tampuk atas akan terserlah warna merah atau jingga.
Kelapa
tampuk merah dipercayai mampu menyembuhkan berbagai penyakit seperti penawar
racun, melancarkan sistem saluran air kencing. pembuangan air
kencing, sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin yang sering menganggu.
Pokok
ini amat digemari oleh serangga perosak seperti kumbang tanduk dan
serangga lain menyebabkan ia juga amat sukar untuk tumbuh normal seperti kelapa
lain.
Jika kelapa merah ini dibelah, dapat dilihat isi atau daging
kelapa berwarna merah muda. Airnya agak pahit sedikit dan tidak sesegar
air kelapa jenis lain.
Kelainan ini disebabkan oleh kandungan tannin (zat antiracun) dalam air kelapa merah yang dikatakan lebih tinggi. Tannin adalah suatu unsur yang dipercayai mampu menawar racun dalam badan manusia.

Mana nak dapat di malaysia?
ReplyDeleteMana boleh beli ni
ReplyDeleteSaya ada
DeleteNo telefon 0175591473
DeleteKedah pendang
DeleteBlh mai ambk dekat pokok terus
ReplyDeleteSaya ada di sg petani.boleh ambil fresh dari pokok.nak benih pun ada
ReplyDeletesy dah sebulan batuk, kat mana nak cari ye
ReplyDelete