Wednesday, 22 July 2020

KHASIAT BUAH KELAPA TAMPUK MERAH

Kelapa tampuk merah (reddish coconut) merupakan sejenis kelapa unik yang sukar dijumpai, sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional.

Kelapa ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus. Buah kelapa merah ini dapat dikenali di bahagian atas buah tersebut terdapat warna merah. 
 
Kelapa ini berbeza dengan kelapa renek merah (Malayan Red Dwarf - MRD) yang mana lazimnya ia digunakan untuk pembiakan benih kelapa hibrid bagi menghasilkan anak benih kelapa matag, MAWA atau kelapa hibrid yang lain.

Kelapa tampuk ini unik kerana bukan ciri warna kulit kemerahan seperti MRD tetapi hanya di bahagian tompok dan sabutnya yang berwarna jingga dengan jelas.

Kelapa ini jika dipetik muda untuk diambil airnya mempunyai kulit berwarna hijau dan apabila dipotong di bahagian tampuk atas akan terserlah warna merah atau jingga.

Kelapa tampuk merah dipercayai mampu menyembuhkan berbagai penyakit seperti penawar racun, melancarkan sistem saluran air kencing. pembuangan air kencing, sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin yang sering menganggu.

Pokok ini amat digemari oleh serangga perosak seperti kumbang tanduk dan serangga lain menyebabkan ia juga amat sukar untuk tumbuh normal seperti kelapa lain.

Jika kelapa merah ini dibelah, dapat dilihat isi atau daging kelapa berwarna merah muda. Airnya agak pahit sedikit dan tidak sesegar air kelapa jenis lain. 
 
Kelainan ini disebabkan oleh kandungan tannin (zat antiracun) dalam air kelapa merah yang dikatakan lebih tinggi. Tannin adalah suatu unsur yang dipercayai mampu menawar racun dalam badan manusia.

8 comments:

  1. Mana nak dapat di malaysia?

    ReplyDelete
  2. Mana boleh beli ni

    ReplyDelete
  3. Blh mai ambk dekat pokok terus

    ReplyDelete
  4. Saya ada di sg petani.boleh ambil fresh dari pokok.nak benih pun ada

    ReplyDelete
  5. sy dah sebulan batuk, kat mana nak cari ye

    ReplyDelete