Kelapa
tampuk merah (reddish coconut) merupakan sejenis kelapa unik yang amat jarang
kita jumpa dan sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional.
Kelapa
ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var
rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus dan didakwa mampu mengubati
pelbagai penyakit seperti sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin
yang sering menganggu.
Kelapa
merah sukar ditemui. Buah kelapa merah ini dapat dikenali kerana di bahagian
atas buah tersebut terdapat warna merah.
Kelapa ini berbeza dengan kelapa renek
merah (Malayan Red Dwarf - MRD) yang mana lazimnya ia digunakan untuk
pembiakan benih kelapa hibrid bagi menghasilkan anakbenih kelapa Matag atau
MAWA atau kelapa hibrid yang lain.
Kelapa
tampuk ini unik kerana bukan ciri warna kulit kemerahan seperti MRD tetapi hanya
dibahagian tompok dan sabutnya yang berwarna jingga dengan jelas.
Kelapa
ini jika dipetik muda untuk diambil airnya mempunyai kulit berwarna hijau dan
apabila dipotong di bahagian tampuk atas akan terserlah warna merah atau jingga.
Kelapa
tampuk merah dipercayai mampu menyembuhkan berbagai penyakit seperti penawar
racun dan juga melancarkan sistem saluran air kencing. pembuangan air
kencing dan dijadikan makanan.
Pakar-pakar
kelapa juga menyatakan bahawa pokok kelapa sebegini memang amat jarang dijumpai
atau dikatakan sebagai 'seribu dalam satu' atau pun susah hendak jumpa.
Pokok
ini juga amat digemari oleh serangga perosak seperti kumbang tanduk dan
serangga lain menyebabkan ia juga amat sukar untuk tumbuh normal seperti kelapa
lain.
Kalau
ada pemilik kelapa ini yang tahu nilainya maka mereka akan beroleh keuntungan
besar kerana sebiji kelapa merah muda ini mencecah lebih RM50.00 sebiji jika
ada orang sanggu membelinya. Ada orang yang inginkan kelapa tersebut mampu
membayar lebih jika ada kelapa merah yang tulin dipokoknya.
Kajian
makmal mendapati kandungan analisa nutrisi adalah sama dengan kelapa lain.
Maklumat mendapati air kelapa merah ini mempunyai kandungan seperti glukosa,
sakarosa, fruktosa, sukrosa mineral dan juga asid amino.
Dalam beberapa kajian
menunjukkan air kelapa ini mempunyai banyak manfaat dan khasiatnya tetapi tidak
dinyatakan secara saintifik.
Di
antara khasiatnya adalah dapat membantu mengubati masaalah keracunan dan
berbagai macam penyakit lainnya seperti demam akibat Virus Flu.
Walaupun agak
susah untuk membezakan rasa air kelapa hijau dengan jenis air kelapa yang lain,
namun lazimnya rasa air kelapa hijau sangat berbeza kepada mereka yang arif
mengenai kelapa.
Jika
biji kelapa merah ini dibelah kita akan dapat melihat bahawa isi atau daging
kelapa berwarna merah muda. Airnya agak pahit sedikit dan tidak sesegar
air kelapa jenis lain.
Kelainan ini disebabkan oleh kandungan tannin (zat anti
racun) dalam air kelapa merah yang dikatakan lebih tinggi. Tannin adalah suatu
sunsur yang dipercayai mampu menawar racun dalam badan manusia.
Mana nak dapat di malaysia?
ReplyDeleteMana boleh beli ni
ReplyDeleteSaya ada
DeleteNo telefon 0175591473
DeleteKedah pendang
DeleteBlh mai ambk dekat pokok terus
ReplyDeleteSaya ada di sg petani.boleh ambil fresh dari pokok.nak benih pun ada
ReplyDelete