Sunday, 31 January 2021

GUNA MASA TERLUANG DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH

 
Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak banyak perkara yang biasa dilakukan pada masa sebelumnya dapat diteruskan. Namun tidak bermakna semua perkara tidak dapat dilakukan. 
 
Asalkan mematuhi prosedur operasi standard (POS) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), maka perkara itu boleh dilakukan. 
 
Antara POS yang perlu diutamakan ialah perjarakan fizikal dan tidak beada di tempat sesak. Jadi, kalau hendak pergi tebang pokok buluh seorang diri, itu tidak salah mengikut POS PKP. Begitu juga hendak bakar lemang. Boleh sahaja dilakukan. Hendak masa rendang pun boleh dilakukan sepanjang PKP. 
 
Dengan kata lain, tidak dilarang untuk melakukan perkara yang tidak menyalahi POS sepanjang PKP ini. Isilah masa terluang dengan perkara yang berfaedah. 
 
Hendak bakar lemang dan masa rendang tidak perlu tunggu raya. Bila-bila masa pun boleh, asalkan ada kehendak dan daya usaha. Guna pokok buluh dan daun pisang yang banyak di sekitar kampung. 
 
Lemang dan rendang tu boleh dibahagi-bahagikan kepada jiran. Boleh tambah pahala dan hubungan baik dengan jiran. 
 
Kalau hendak untung, boleh jual. Boleh iklankan di media sosial. Boleh hantar sendiri kepada pelanggan atau guna perkhidmatan penghantar makanan yang bersedia memberi perhidmatan mengikut permintaan. 
 
Jom... isi masa terluang dengan perkara berfaedah.

No comments:

Post a Comment