Sikap
keinginan terhadap makanan dan minuman ikut nafsu tanpa pertimbangan tentang
keperluan, satu sifat tercela. Perbuatan itu termasuk amalan boros sedangkan sikap boros
mengikut perangai syaitan.
Rasulullah
bersabda bermaksud: “Antara sifat boros itu adalah makan apa yang teringin oleh
selera.” - (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Sebenarnya
tiada sebab mengapa perlu menyediakan makanan bermacam-macam
jenis. Sesiapa yang terdorong kepada makanan dan minuman secara lahap, dia
tidak memahami erti takwa. Tidak patuh kepada apa diperintakan Allah.
Ajaran
Islam amat menekankan sifat bersederhana dan tidak gelojoh terhadap
makanan. Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah tetapi janganlah
berlebih-lebihan.” - (Surah al-Araf, ayat 31).
Sifat
bersederhana membawa lebih keberkatan dan kebaikan yang berterusan. Ia dapat
mengelak daripada pembaziran apabila makanan tidak habis dimakan. Perut
kita tidak mungkin dapat menerima jumlah makanan yang banyak melebihi apa
sepatutnya.
Makan
dan minum berlebih-lebihan banyak keburukannya. Kesan langsung akibat
terlalu kenyang ialah rasa letih, ingin tidur, fikiran lemah dan malas.
Imam
Syafie yang terkenal bijak dan warak pernah berkata: “Aku tidak pernah makan
kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambah berat badan,
mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malas beribadat.”
Manakala
Syaidina Umar pula berkata: “Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab
diri mewarisi penyakit, menyebabkan malas bersembahyang dan hendaklah kamu
menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada
berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk.”
Kajian
perubatan mendapati cara makan yang tidak baik, terutamanya makan terlalu
banyak dan gelojoh adalah punca masalah kesihatan. Banyak penyakit ‘moden’
dihidapi disebabkan tidak mematuhi tata cara makan yang betul.
Untuk
mengelak daripada makan dan minum terlalu banyak ketika berbuka dan mengelak
daripada pembaziran, buatlah perancangan anggaran keperluan makanan yang
sepatutnya bagi setiap ahli keluarga.
Ketika
membeli juadah, tekadkan niat agar tidak terdorong perasaan tamak dan
gelojoh. Elak diri daripada membeli di gerai yang menjual terlalu banyak
jenis makanan. Selesai membeli apa yang perlu, cepat-cepat tinggalkan
kawasan bagi mengelak terpengaruh membeli yang lain.
Suri
rumah yang menyediakan makanan di rumah, sudah memadai menyediakan satu atau
dua menu berlainan. Jika terasa ingin memakan pelbagai jenis makanan,
sediakan ia pada hari-hari lain. Ia lebih menjimatkan, senang dan
mendatangkan kepuasan.
No comments:
Post a Comment