Wednesday, 13 January 2021

KHASIAT POKOK HEMPEDU BUMI

Rasa pokok hempedu bumi memang pahit. Sebab itu ia dikenali ‘raja herba pahit’. Sesiapa yang boleh mengunyah dan menelan daun hempedu bumi dianggap bahagian lidah yang merasa telah ‘rosak’. Begitulah gambaran betapa pahit rasa hempedu bumi. 
 
Nama lain hempedu bumi ialah akar cerita, pokok cerita atau empedu tanah yang nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae merupakan tumbuhan herba semusim. 
 
Hempedu bumi juga dikenali dengan nama Sambiloto atau Sambiroto di Indonesia, 
 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat penyakit kencing manis. 
 
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daunnya dan mengambil airnya untuk diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daunnya dan meletakkan pada luka. 
 
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat, yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. 
 
Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. 
 
Di Utara-Timur India, hempedu bumi dikenali sebagai Maha-tikta, yang bermaksud ‘raja pahit’, banyak digunakan dalam perubatan herba Ayurveda yang dikenali sebagai Kalmegh atau Kalamegha yang bermaksud ‘awan gelap’. 
 
Ia juga dikenali sebagai Nila-Vembu dalam bahasa Tamil, yang bermaksud ‘neem dari tanah’, kerana tumbuhan ini walaupun kecil, tetapi mempunyai rasa pahit yang sama kuat seperti pokok neem besar (pokok semambu - Azadirachta indica). 
 
Di Malaysia, ianya disebut sebagai hempedu bumi kerana ia adalah salah satu tumbuhan paling pahit yang digunakan dalam perubatan tradisional. 
 
Hempedu bumi sering digunakan untuk mencegah dan merawat selesema. 
 
Tanaman hempedu bumi juga digunakan untuk pelbagai jenis keadaan lain seperti pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, gas usus, kolik, sakit perut, penyakit kuning dan kerosakan hati akibat ubat-ubatan. 
 
Pengambilan hempedu bumi dianggap selamat jika diambil dengan kadar atau dos tertentu, tepat dan dalam jangka masa pendek. Namun bagi sesetengah orang pengambilan herba ini dalam dos yang tinggi atau jangka panjang mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hilang selera makan, cirit-birit, muntah, ruam, sakit kepala, hidung berair dan keletihan. 
 
Oleh itu adalah dinasihatkan agar pengambilan herba perlulah mendapatkan nasihat dari pakar seperti doktor atau ahli pharmasuatikal terlebih dahulu. Hindarkan pengambilan bagi kanak-kanak dan ibu mengandung. 
 
Sebenarnya, khasiat hempedu bumi atau dikenali dengan panggilan 'akar cerita' bukanlah satu penemuan baharu. Ia digunakan secara tradisional oleh pelbagai masyarakat sejak turun-temurun. 
 
Pelbagai faedah yang boleh didapati daripada herba itu menyebabkan para saintis berusaha mengkajinya agar dapat dimanfaatkan sebagai ubat moden yang boleh didaftarkan penggunaannya. 
 
Tumbuhan berkenaan mengandungi sebatian metabolit sekunder yang spesifik dalam kumpulan terpenoid yang dikenali sebagai andrografolida, deoksiandrografolida, neoandrografolida dan andrograpanin. 
 
Pengambilan pada dos tinggi akan menyebabkan sakit perut, muntah dan kehilangan selera makan. Ia disebabkan rasa pahit hempedu bumi mengandungi bahan aktif sebatian kimia andrographolide. 
 
Wanita hamil, ibu sedang menyusukan anak dan pengguna yang alergi kepada tumbuhan-tumbuhan herba tidak boleh mengambil ubat tradisional ini. 
 
Ringkasan antara khasiat hempedu bumi ialah: 
- Menurun darah tinggi. 
- Merawat kencing manis. 
- Merawat luka. 
- Merawat selesema. 
- Mengatasi cirit-birit, sembelit, gas usus dan sakit perut. 
- Merawat penyakit kuning dan kerosakan hati akibat ubat-ubatan. 
- Merawat kusta, pneumonia, tuberkulosis, gonorea dan sifilis. 
- Merawat malaria, kolera, leptospirosis, rabies, sinusitis. 
- Kurangkan jangkitan saluran pernafasan. 
- Kurangkan sakit sendi (artritis) 
- Agen antikanser, antihipertensi, antibakteria, antiviral, antimikrobial, antiparasitik, antivenom, antitrombotik, immunostimulan, antioksida dan antiinflammatori. 
- Boleh dijadikan julap iaitu ubat pencuci perut. 
- Merawat gigitan ular. 
- Membantu kitaran haid yang tidak teratur. 
- Meningkatkan pertahanan badan dan ciri melawan virus. 
- Mengelak pengumpulan kolesterol pada salur darah. 
- Melancarkan pembuangan air kecil. 
- Meneutralkan toksin. 
- Mengurangkan masalah gout. 
- Meningkatkan prestasi buah pinggang. 
- Mempercepatkan pembakaran lemak. 
 
Gambar: Jabatan Pertanian Malaysia

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete