Sekarang, proses mendapat
hasil menoreh getah lebih mudah berbanding dahulu. Biarpun proses menoreh getah
masih sama, namun mungkin ada perbezaan teknik dan proses peningkatan
pengeluaran.
Apa yang dikatakan lebih
mudah ialah pada masa dahulu penoreh getah perlu menghasilkan getah keping
sebelum dapat dijual. Berbanding sekarang, getah dijual dalam
bentuk beku yang mana ia dibiarkan membeku di dalam bekas khas atau plastik.
Kerja memunggut getah beku
hanya dilakukan dalam tempoh sekali dalam beberapa hari, berbanding perlu
dilakukan setiap hari memunggu susu getah.
Susu getah yang ditoreh
menitis berkumpul di dalam cawan. Susu getah akan dipungut dari satu pokok ke
satu pokok dimasukkan ke dalam bekas besar atau baldi.
Susu getah yang dikumpul
dibawa ke bangsal atau tempat khas untuk membekukan susu getah itu.
Susu getah dimasukkan ke
dalam bekas acuan zink. Ia dicampur cuka getah (sejenis asid) dan dikacau. Cuka
getah dicampurkan bertujuan mempercepatkan proses membekukan susu getah
tersebut.
Dalam tempoh beberapa jam,
susu getah akan membeku. Selepas susu getah menjadi beku, ia dikeluarkan dengan
cara ditelengkup dan kemudian dilenyek menggunakan tangan agar menjadi lebih
nipis dan lebar.
Untuk menjadikan ia lebih lebih
nipis, ia perlu melalui proses dimesin menggunakan mesin penggelek.
Ada dua jenis mesin, iaitu
mesin lurus dan berjalur. Mula-mula ia melalui proses menggunakan mesih lurus
atau licin. Kepingan getah yang masih basah itu akan berulang kali dimasukkan
ke dalam antara dua batang besi sehingga nipis.
Proses seterusnya ialah
menggunakan mesin getah berjalur. Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4
segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
Untuk memudahkan memesin getah memerlukan dua orang. Seorang memegang getah,
manakala seorang lagi akan memusing.
Di kampung-kampung
biasanya anak-anak akan membantu ibu bapa sebagai jurupusing mesin penggelek
kerana ia biasanya dilakukan waktu petang yang mana anak telah pulang dari
sekolah.
Getah keping yang
dihasilkan selepas digelek masih dalam keadaan lembab biarpun air sudah hampir
tiada. Jadi, ia perlu disidai atau dijemur agar ia menjadi kering.
Pada hari pertama dan
kedua biasanya getah akan diletakkan di tempat terbuka yang terkena cahaya
matahari. Pada hari seterusnya ia akan disidai di bawah bangsal untuk beberapa
hari lagi sebelum dijual.
Tidak pasti mengapa ia
tidak dibiarkan dijemur terus di bawah terik matahari.
test
ReplyDelete