Amalan
mandi waktu pagi satu cara yang perlu diberi perhatian untuk menikmati
kehidupan lebih sihat dan ceria. Mandi waktu pagi beri banyak kebaikan kepada
kesihatan rohani dan jasmani.
Antara
manfaat dan faedah mandi pagi, sebaiknya sebelum subuh ialah:
Kulit
lebih lembut dan halus
Pada
waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda
memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat
mengurangkan kegelapan pada bawah mata.
Begitu
juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Melancarkan
peredaran darah
Mandi
pagi memberi kesegaran kepada seluruh urat saraf, terutama setelah lama ‘rehat’
ketika tidur. Perjalanan darah menjadi perlahan ketika kita tidur. Maka, ia
perlu dicergaskan dan ditingkatkan keupayaannya, dan cara mudah ialah dengan
mandi.
Jika
peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan
bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Meningkatkan
kesuburan
Kesihatan
tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada
waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon
estrogen untuk wanita.
Kesihatan
yang baik adalah antara punca untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan
perempuan. Badan yang cergas dan bertenaga mambantu meningkatkan fungsi organ
pembiakan.
Mengurangkan
risiko darah tinggi
Untuk
anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara
untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih. Darah tinggi terjadi disebabkan
masalah penyempitan saluran darah oleh lemak dan kolestrol.
Kedua-dua
unsur itu dapat dikurangkan jika kita mengamalkan hidup sihat dan melakukan
sesuatu yang dapatmelancarkan perjalanan darah. Sesungguhnya, mandi pagi adalah
antara yand dapat melancarkan perjalanan darah dan seterusnya mengurangkan
risiko darah tinggi.
Mengurangkan
tekanan serta tenang
Air
yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring.
Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
Kesegaran
yang diperoleh semasa mandi akan memberi kita keyakinan diri untuk menghadapi
hari baru dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kita akan hadapi
dengan penuh semangat dan berkeyakinan. Keadaan itu dapat mengurangkan kadar
tekanan perasaan.
Meningkatkan
sel darah putih
Mandi
dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan.
Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh
melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang
penyakit.
Membekalkan vitamin kepada tubuh badan
Tabiat
mandi di subuh hari dapat membantu kita membekalkan kandungan vitamin untuk
tubuh badan dan ia sangat bagus untuk menjadikan badan kita lebih segar dan
sihat. Vitamin yang dimaksudkan ialah hasil metabolisma badan dan fungsi organ
yang berjalan dengan baik apabila kita mandi dan mendapat kesegaran badan.
Banyak vitamin yang kita makan atau minum tidak dapat diproses oleh organ
tertentu disebabkan badan yang tidak aktif.
Membekalkan
tenaga
Tubuh
kita adalah ‘mesin logik’ yang mudah memberi respon atau tindakbalas kepada
persekitaran. Jika kita mandi, ia memberi isyarat kepada otak bahawa kita tidak
lagi tidur dan telah bersedia untuk memulakan hari baru dengan aktiviti seterusnya.
Jadi,
apabila kita mandi, badan akan meningkatkan metabolisma badan menghasilkan
tenaga yang diperlukan. Badan yang cergas akan membantu atau menghasilkan minda
yang cerdas.
Menunaikan
ibadah
Perkara
paling penting kebaikan mandi pagi sebelum subuh ialah membolehkan kita
menunaikan sembahyang subuh lebih awal. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang
perlu mandi wajib. Kita lebih segar dan bersedia untuk menunaikan ibadat dengan
badan yang bersih.
No comments:
Post a Comment