Lampu
isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan
jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk memberi arahan
kepada pengguna jalan raya sama ada perlu meneruskan perjalanan, bersedia untuk
berhenti dan berhenti.
Lampu
isyarat menggunakan kod warna yang sama di seluruh dunia. Terdapat tiga warna
iaitu hijau tanda meneruskan perjalanan sekiranya tiada halangan, kuning
bermakna bersedia untuk berhenti atau perjalanan diteruskan jika berada dalam
kawasan tidak selamat untuk berhenti. Manakala lampu merah pula ada berhenti.
Sistem
pengaturan lampu isyarat lalu lintas kali pertama diperkenalkan di Westminster,
England pada 10 Disember 1868, di mana lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan
perlu dikendalikan secara manual.
Penggunaannya
tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal tahun 1912, lampu
isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.
Kemudian
pada tahun 1918 di New York, sebuah sistem lampu isyarat sebagai
pengendali untuk mengawal lampu lalu lintas diperkenalkan dengan penggunaan
lampu 3 warna.
Pada
tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat
automatik dicuba untuk kali pertamanya.
Penggunaan
lampu isyarat lalu lintas banyak membantu melancarkan aliran lalu lintas,
terutama di simpang empat dan simpang tiga yang kadar trafiknya tinggi.
Malang
sekali, masih ada di kalangan pengguna yang tidak mamatuhi peraturan di lampu
isyarat. Masih ada yang curi-curi melepasi lampu merah dan paling ketara ialah
masih meneruskan perjalanan ketika lampu telah bertukar menjadi kuning dan
seterusnya merah.
No comments:
Post a Comment