Wednesday, 22 March 2023

POKOK BUNGA TURNERA

 
Turnera subulata adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga passion flower yang dikenali dengan nama-nama umum buttercup putih, sulfur alder, bunga politisi, turnera bermata gelap, dan alder putih.
 
Pokok turnera subulata juga dipanggil dengan pokok bunga pukul 8 kerana bunganya mula berkembang pada jam lapan.
 
Pokok ini jenis tahan lasak dan senang untuk ditanam. Tumbuhan ini boleh dibiakkan melalui biji benihnya dan keratan batang pokok. 

Pokok ini selalunya ditanam di kawasan kebun dan di kampung-kampung, bukan saja bunganya cantik malah dikatakan sebagai kawalan serangan babi ke atas tanaman.
 
Juga bunganya digemari oleh lebah kelulut.


No comments:

Post a Comment