Friday 26 January 2024

PERBEZAAN MAKSUD ISTILAH “TOKSIN” DAN “TOKSIK”

 
Kita sering mendengar, membaca, menulis atau menyebut istilah toksin dan toksik. Adakah kedua-dua perkataan itu membawa maksud yang sama? Ia sebenarnya berbeza atau membawa maksud yang berlainan.
 
Istilah “toksin” ialah bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria. Contohnya, bahan makanan yang dimakan apabila melalui proses penghadaman di dalam usus boleh menyebabkan terhasilnya toksin. Bahan toksin yang terhasil itu berbagai-bagai nama mengikut istilah sains.
 
Manakala istilah “toksik” pula bermaksud beracun, iaitu sifat sesuatu benda itu. Contohnya, bahan yang telah menjadi toksin menjadikan sifatnya toksik. Bertoksik tidak hanya terhasil daripada toksin. Apa-apa sahaja cara atau sebab sesuatu itu mempunyai racun atau beracaun, maka ia adalah bertoksik.
 
Bahan bertoksik adalah berbahaya mengikut jenisnya. Justeru, untuk mengendalikan atau berdepan dengan bahan bertoksik perlu dilkukan dengan langkah-langkah keselamatan yang wajar.
 
Ejaan tepat ialah “toksik”, bukannya “toksid”.

No comments:

Post a Comment