Aku mula menjadi penjawat awam pada 1985.
Masa tu aku dilantik sebagai tutor di UPM (ketika itu dikenali Universiti
Pertanian Malaysia). Kemudian aku ke Amerika Syarikat sambung belajar. Selesai master pada 1988 aku
balik dan dilantik pensyarah di UPM.
Tahun 2003 aku dilantik Ketua Jabatan,
kemudian 2007 aku dilantik Timbalan Dekan Akademik dan HEPA, 2011 aku dilantik
jadi Dekan hingga 2019.
Pada 2020 aku dilantik Pengarah Pusat
Pemajuan Bahasa dan Komunikasi, 2021 dilantik semula menjadi Dekan, kemudian
2022 jadi Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat sehinggalah aku
pencen pada 2023.
Jadi di sepanjang aku menjadi penjawat awam
sama ada sebagai tutor, pensyarah biasa atau pemegang jawatan pentadbir ni aku
dah terlibat dengan ribuan mesyuarat kecil dan besar.
Dan di sepanjang penglibatan itu aku
perhatikan dalam hampir 95 peratus mesyuarat tersebut mesti disajikan karipap.
Ini daripada pemerhatian akulah.
Memang ada juga disajikan makanan lain
tetapi karipap tetap tak tinggal. Jadi aku nak tanya kenapa karipap? Adakah
karipap itu sudah jadi kueh rasmi mesyuarat di Malaysia? Atau adakah usahawan
karipap tu yang taja mesyuarat kita?
Kadang-kadang hati kecil ku tertanya-tanya
juga. namun tiada jawapannya. Aku pulak bukan pemuja atau peminat tegar
karipap. Sebagai orang Kedah aku lebih tertawan dengan sepupu karipap iaitu
sepera.
Kisah disalin daripada FB
No comments:
Post a Comment