Bachok ada banyak pantai cantik. Di jajahan Bachok terdapat banyak pantai yang cantik sama ada sebagai lokasi awam mahupun yang dibangunkan oleh pihak swasta. Jika hendak melawat kesemua tampat menarik itu dalam sehari memang tidak cukup masa biarpun jarak di antara satu tidak jauh.
Kesemua pantai yang cantik itu menghadap Laut China Selatan dengan pantai yang landai, pasir halus dan berwarna putih. Sesuai dijadikan tempat untuk bersantai, melakukan aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak.
Nama-nama pantai peranginan terkenal di Bachok yang berstatus awam ialah Panti Senok, Pantai Kemayang, Pantai Impian (Kemasim), Pantai Irama, Pantai Melawi dan Pantai Kandis.
Sekarang ini terdapat banyak kawasan yang dibangunkan oleh swasta dengan kemudahan yang mampu menarik kehadiran banyak pengunjung. Ada yang mengenakan sedikit bayaran masuk, dan ada yang menyediakan secara percuma kerana mengharapkan pengunjung akan menggunakan kemudahan lain yang disediakan.
Nama-nama terkenal kawasan yang dikendalikan oleh pihak swasta ialah Kemasin Beach Resort, Pantai Tapang, Pantai Rekang, Pantai Permai dan banyak lagi.
Gambar - Pantai Senok

No comments:
Post a Comment