Pertandingan Landskap PBT Pesta Flora Negeri Kelantan 2026.
Secara tadisinya setiap kali diadakan pesta flora sempena Sambutan Keputeraan
Sultan Kelantan, akan diadakan pertandingan lanskap yang melibat semua pihak
berkuata tempatan (PBT) seluruh Kelantan.
Terdapat 12 PBT menyertai pertandingan landskap yang bertemakan
‘Laman Fantasi’ itu mengetengahkan konsep yang membawa pengunjung ke suasana
fantasi yang penuh warna, cahaya dan keajaiban alam.
Pameran landskap tersebut berlangsung sepanjang pesta flora di
Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu pada 24 sehingga 27 September 2026.
Johan pertandingan dimenangi Majlis Daerah Bachok Bandar
Pelancongan Islam (MDBBPI, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai
RM10,000.
Mengetengahkan Laman Nur Seri yang dihiasi pelbagai jenis
pokok bunga yang pelbagai warna dan bentuk, dengan sebuah pelamin ringkas serta
pohon buluh kecil yang dikumpulkan dan diikat membentuk satu "menara"
setinggi kira-kira tiga meter.
Majlis pengurniaan hadiah disempurnakan oleh Sultanah
Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah pada majlis perasmian pesta
tersebut.
Tempat kedua dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar
Raya Islam dengan hadiah RM7,000, manakala Majlis Daerah Tanah Merah meraih
tempat ketiga dengan hadiah RM5,000.
Kerdit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment