Tuesday, 17 July 2018

MENJEJAK BENTENG BATU DI MUARA PANTAI SENOK

Di Pantai Senok menjadi muara Sungai Pengkalan Datu. Untuk memastikan muara sungai sentiasa dalam dan tidak musnahkan oleh proses hakisan, maka muara Sungai Pengkalan Datu dibuat benteng menggunakan batu besar. Sungai Pengkalan Datu menjadi pemisah antara Pantai Senak dengan Pulau Gajah.

Benteng batu yang dibina sekitar tahun 1990 itu menjadi kunjungan orang ramai untuk menjejak di atas batu-batu besar yang disusun rapi itu. Di hujung benteng terdapat rumah api untuk menjadi panduan kepada perahu masuk ke muara sungai pada waktu malam.  

Bagi kaki pancing, batu-batu di benteng sebagai tempat duduk mencampakkan joran. Pantai Senok merupakan di antara tempat tumpuan kaki pancing, selain di Kuala Kemasin.

No comments:

Post a Comment