Thursday, 20 February 2020

KOTA BHARU BERKEMBANG MAJU

Konsep urus tadbir di Malaysia adalah agak unik kerana berasaskan kepada sistem sosio-politik negara dan negeri. Berdasarkan amalan, kerajaan Kelantan telah mencadangkan agar Kota Bharu menjadi sebuah Bandar Raya Islam dengan slogan “Membangun Bersama Islam” yang bermaksud Islam hendaklah dijadikan cara hidup dalam segala urusan.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam falsafah pembangunan MPKB-BRI adalah berasaskan prinsip 5K iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.

Falsafah ini diterapkan dalam perancangan pembangunan yang meliputi pembangunan pengurusan, pembangunan insan, pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal yang memenuhi konsep asas sebuah bandar Islam.

Rancangan pembangunan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama (2006-2010) menekakankan program kesedaran tentang falsafah 5K manakala fasa kedua (2011-2015) menekankan kepada penghayatan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam falsafah 5K.

Satu cabaran penting dalam menjayakan misi Bandar Raya Islam ialah memastikan warga kota benar-benar memahami falsafah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh MPKB-BRI.

Biarpun berdepan cabaran besar dalam merialisasikan Bandar Raya Islam, terutama melibatkan soal sampah, bekalan air bersih dan kemudahan awam, ia tidak mematahkan semangat warga MPKB-BRI dan seluruh penduduk melaksanakan apa juga usaha ke arah itu.

Hasilnya yang diperoleh, Kota Bharu terus maju dan berkembang selari dengan apa yang dinikmati dan dicapai oleh bandar-bandar lain di seluruh Malaysia.

Seluruh warga Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya perlu berbangga apa yang mampu dicapai berdasarkan matlamat yang digariskan iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan biarpun tidak sepenuhnya.

Berubah lebih baik itu walaupun sedikit adalah satu kejayaan biarpun tidak seperti diharapkan. Pembangunan bukan sekadar diukur pada kejayaan bersifat fizikal, tetapi juga rohaninya.  

Thursday, 13 February 2020

MACAM MANA BENTUK KAKI BURUNG HANTU

Kita biasa melihat burung bangau berkaki panjang. Sebabnya kaki panjang itu dapat dilihat dengan jelas. Namun, tidak ramai mengetahui satu lagi jenis burung berkaki panjang ialah burung hantu. Ramai orang tidak tahu perkara itu kerana kaki yang panjang itu terlindung dengan bulu dan sayapnya.

Fakta lain mengenai burung hantu ialah boleh putarkan kepala mereka hampir 270 darjah. Burung hantu mampu memutarkan kepala dan leher mereka sehingga 270 darjah. 
 
Burung hantu memiliki empatbelas vertebra leher berbanding 7 pada manusia yang menjadikan leher mereka lebih lentur.

Mata burung hantu bukan ‘bola mata’ yang sebenarnya. Tetapi sebenarnya satu tube organ untuk penglihatan binokular agar dia boleh beri tumpuan sepenuhnya pada mangsanya.

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia  dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Sungguhpun burung hantu memiliki penglihatan binokular, mata besar mereka kekal dalam soket. Oleh itu mereka perlu memalingkan keseluruhan kepala mereka untuk mengalihkan penglihatan. 
 
Oleh kerana burung hantu melihat pada pandangan jauh, mereka tidak dapat melihat apa-apa pada jarak beberapa sentimeter dari mata mereka.

Sunday, 9 February 2020

KHASIAT TERUNG PIPIT

Terung pipit (Solanum Torvum) atau juga dikenali sebagai terung rembang (terung rimbang dalam bahasa Minang) dan terung manggul banyak tumbuh secara semulajadi atau liar di negara kita. Terung pipit boleh dibuat ulam dan banyak manfaat untuk kesihatan.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak di hujung atau pangkal ranting yang tampak berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2 peratus  protein, 0.1 peratus  lemak, 7.9 peratus  karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus .

Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu, akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yang diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga.

Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala, bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asapnya.

Bagi yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kaki yang merekah ataupun bengkak, boleh menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah.

Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yang bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

Sunday, 2 February 2020

KHASIAT LUAR BIASA NANAS BATU

Jika anda seorang wanita, nanas batu ini sangat baik untuk diamalkan oleh wanita tidak kira remaja mahupun sudah berusia. Mari penulis kongsikan kebaikan-kebaikan tersebut:

- Bagi wanita yang baru sahaja lepas bersalin, sangat digalakkan mengamalkan nanas batu ini untuk membantu proses mengecutkan rahim.
- Dengan hanya mengamalkan secara seminggu sekali sahaja, ibu yang baru bersalin dapat menjaga rahim mereka (mengecutkan rahim).
- Membantu mengatasi masalah kencing tidak lawas (lelaki) dan juga sakit batu karang serta buah pinggang, anda boleh terus mengamalkan nanas batu ini secara konsisten.
- Membantu untuk proses membuang angin dalam badan.
- Bagi wanita yang sudah berusia dan bakal berdepan dengan menopause, nanas batu dapat membantu anda dalam mengurang kesan daripada menopause itu sendiri.
- Dipercayai mampu merawat strok dengan meminum dan menyapukan air nanas batu pada anggota badan yang terkena strok.
- Selain itu juga, dipercayai dapat menyembuhkan penyakit buasir.
- Dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Dapat membuang toksin di dalam badan anda.
- Darah juga dapat berjalan dengan lancar dengan cara melazimi mengamalkan nanas batu.