Saturday, 23 November 2024

MAKSUD PRO BONO

 
Perkataan ‘pro bono” biasa digunakan dalam khidmat peguam. Perkataan asal pro bono adalah pro bono publico yang bermaksud “demi kebaikan awam”, tetapi dipendekkan kepada pro bono yang digunakan secara meluas.
 
Biarpun pro bono digunakan untuk pelbagai aktiviti yang bermaksud demi kebaikan awam atau sesuatu kerja profesional yang dilakukan secara sukarela dan tanpa bayaran, namun perkataan itu lebih kerap digunakan untuk tugas sukarela yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam bidang profesion guaman atau peguambela.
 
Peguambela menyediakan perkhidmatan bantuan guaman secara percuma kepada individu yang dituduh di mahkamah dikatakan menyediakan khidmat pro bono. Di Belanda, perkhidmatan guaman yang ditawarkan tanpa bayaran dikenali sebagai pro deo.
 
Malah di sesetengah negara, para peguambela disarangkan untuk melakukan atau menyediakan khidmat pro bono dalam tempoh masa tertentu.
 
Aktiviti pro bona banyak membantu golongan yang memerlukan bantuan golongan profesional secara percuma. Mereka yang dibantu adalah golongan yang tidak mampu, tetapi mempunyai hak untuk dibantu dalam perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment