Thursday, 20 February 2020

KOTA BHARU BERKEMBANG MAJU

Konsep urus tadbir di Malaysia adalah agak unik kerana berasaskan kepada sistem sosio-politik negara dan negeri. Berdasarkan amalan, kerajaan Kelantan telah mencadangkan agar Kota Bharu menjadi sebuah Bandar Raya Islam dengan slogan “Membangun Bersama Islam” yang bermaksud Islam hendaklah dijadikan cara hidup dalam segala urusan.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam falsafah pembangunan MPKB-BRI adalah berasaskan prinsip 5K iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.

Falsafah ini diterapkan dalam perancangan pembangunan yang meliputi pembangunan pengurusan, pembangunan insan, pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal yang memenuhi konsep asas sebuah bandar Islam.

Rancangan pembangunan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama (2006-2010) menekakankan program kesedaran tentang falsafah 5K manakala fasa kedua (2011-2015) menekankan kepada penghayatan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam falsafah 5K.

Satu cabaran penting dalam menjayakan misi Bandar Raya Islam ialah memastikan warga kota benar-benar memahami falsafah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh MPKB-BRI.

Biarpun berdepan cabaran besar dalam merialisasikan Bandar Raya Islam, terutama melibatkan soal sampah, bekalan air bersih dan kemudahan awam, ia tidak mematahkan semangat warga MPKB-BRI dan seluruh penduduk melaksanakan apa juga usaha ke arah itu.

Hasilnya yang diperoleh, Kota Bharu terus maju dan berkembang selari dengan apa yang dinikmati dan dicapai oleh bandar-bandar lain di seluruh Malaysia.

Seluruh warga Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya perlu berbangga apa yang mampu dicapai berdasarkan matlamat yang digariskan iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan biarpun tidak sepenuhnya.

Berubah lebih baik itu walaupun sedikit adalah satu kejayaan biarpun tidak seperti diharapkan. Pembangunan bukan sekadar diukur pada kejayaan bersifat fizikal, tetapi juga rohaninya.  

No comments:

Post a Comment