Air nira kelapa atau tuak ialah cecair manis yang disadap
daripada mayang (tandan bunga) pokok kelapa muda sebelum terbuka dan
mengeluarkan buah. Ia terkenal sebagai minuman tradisional yang menyegarkan.
Mempunyai rasa manis dan aroma bau serta rasa yang menyegarkan.
Untuk mendapatkan tuak perlu melalui beberapa proses. Nira
yang keluar dari mayang akan ditadah menggunakan tukil. Pada masa dahulu tukil
diperbuat daripada buluh, tetapi kini tukil banyak diperbuat dari botol
plastik.
Air tuak tidak boleh disimpan lama. Biasanya hanya untuk dua
hari, melainkan disimpan di dalam peti sejuk.
Tuak disimpan lama akan bertukar rasa masam. Ia tidak lagi
sesuai untuk diminum kerana boleh memabukkan.
Tuak segar halal diminum oleh orang Islam. Tetapi apabila
bertukar menjadi masam ia haram diminum kerana sudah menjadi seperti arak. Tuak
masam yang disimpan lebih lama akan bertukar menjadi cuka. Ketika itu ia boleh
digunakan oleh orang Islam.
Selain diminum segar atau dibuat cuka tua, nira juga sering
diproses menjadi manisan atau gula
melaka (nise kerek).
Gambar - Tuak ditadah menggunakan botol plastik.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment