Saturday, 14 June 2025

KAWAL JUMLAH AIR DIMINUM

 
Mengambil air pada waktu pagi membantu menghidrat semula badan selepas tidur malam, memulakan metabolisme dan menyokong pelbagai fungsi badan. Pilihan air terbaik adalah air semula jadi yang PH 7.5 hingga 8.5.
 
Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.
 
Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.
 
Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi.
 
Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.
 
Begitu pun, meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Pengambilan air berlebihan melebihi 5 liter sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.
 
Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh.
 
Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot. Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.